Assalammualaikum semua,
Untuk sahabat-sahabat yang dikasihi,
Ahli group ini ditubuhkan secara khususnya untuk saling bantu-membantu dalam perjalanan akademik DLSA kita setahun di UITM Shah Alam. Ketepikan sementara segala faktor latarbelakang, umur, kisah silam dan keburukan sesama kita, sedaya-upaya kita bawa energi yang positif, saling berlumba-lumba dalam memberi dan sentiasa amanah dalam tugasan pencarian dan perkongsian ilmu.
Insyaallah kita pasti mencapai kejayaan hakiki bersama.
Di dunia dan akhirat sana, mudah-mudahan.
Semoga ukhuwah yang terbina di kalangan kita ini sentiasa di dalam peliharaanNya.
Dan alangkah indahnya jika kita semua bisa menjadi sahabat yang setia, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, mampu meredakan kesedihan, menghilangkan kebimbangan, sanggup berjuang demi kebaikan kita, mampu menyimpan rahsia dan keaiban, malah akan sentiasa melindungi kita. Moga hati-hati kita bertaut hingga ke alam syurga. Amin.
Bak kata Imam Syafie :
"Jika kamu memiliki sahabat yang selalu membantumu dalam ketaatan, maka genggam erat tangannya. Kerana mencari sahabat itu sulit, sedangkan meninggalkannya sangat mudah"
Yang Benar,
Syuhada.

Comments
Post a Comment